pengorbanan ! apa itu yang dimaksudkan pengorbanan ? aku bagaikan sudah fobia , serik & tertekan apabila di kaitkan dengan pengorbanan . aku sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang aku percayai dan sayangi asalkan orang itu bahagia sudah cukup bagi aku . walaupun aku terpaksa korbankan apa sahaja seperti waktu , wang dan sebagainya . tetapi apa balasan yang aku dapat ! bahagia ? ohh tidak . aku hanya dapat balasan dengan hanya dikecewakan dan ditinggalkan bagaikan "Dapat madu , sepah dibuang" ! aku redha jika ini suratan atau takdir yang telah ditetapkan walaupun ianya amat perit dan pedih bagiku . apa yang aku harapkan , semoga insan itu bahagia dan semoga allah kuatkan semangat , hati dan jasmani aku untuk menmpuh dugaan yang mencabar yang sudah banyak kali aku tempuhi .