aku telah sedar dan berjanji mengubahnya

 
aku telah sedar akan kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan kepada dirimu . aku tahu aku telah melakukan suatu perkara yang kamu tidak suka tetapi aku tidak sengaja kerana egoku menguasai diriku . aku amat menyayangi dirimu . hanya kamu menjadi obor semangat , cahaya penyuluh kepada hidupku . aku sanggup melakukan apa sahaja demi kamu asalkan kamu memaafkanku , memberiku peluang dan tidak meninggalkan aku . aku berjanji pada diriku dan juga dirimu . aku akan berubah 100% . aku akan buang sifat negatifku , egoku dan sebagainya demi kebahagiaan dan kegembiraan kamu . aku telah nekad dan ini merupakan pengajaran yang amat perih bagiku . aku mohon kepadamu agar memaafkanku dan memberi aku kembali ruang di hati sucimu .
aku berasa sungguh sunyi dan kosong apabila ketiadaanmu . aku kini sedar betapa penting dan bermaknanya dirimu dalam hidupmu . . .