di suatu petang yang indah , diselubungi dengan bunyi angin dan kicauan burung . amad (bukan nama sebenar) dan atuknya duduk berehat sambil menghirup udara segar di pangkin dihadapan rumahnya . amad merupakan seorang kanak-kanak yang baru meningkat remaja . amad berasal dari bandar dan tidak banyak pengetahuan tentang suasana dikampung . jadi bermulalah dialog antara si amad dan atuknya . .
AMAD : atukatuk , kenapa kampung banyak pokok kelapa tetapi di bandar kurang untuk dilihat ?
ATUK : cu nak tahu ? sebabnya di bandar tiada tempat nk tanam pokok kelapa ,
AMAD : takde tempat tuk ?
ATUK : ya cu , kan dibandar penuh pokok yang hujung tajam uh !
AMAD : hujung tajam ? macam pelik je tuk . (sambil pandang slack kat atuknya)
ATUK : ala , ekau duduk kampung tapi takkan tak tahu kot . apalah cucu aku ni .
AMAD : yela tuk , sume pokok ade name . cube atuk pikir betul2 apa pokok tu ?
ATUK : hadoi cucu aku ni ,(mula berfikir sambil menggaru-garu kepalanya)
AMAD : cepat la tuk ! lembaplah atuk ni .
ATUK : (dengan penuh confident) ha ! atuk da ingt . pokok KISMIS namanya .
AMAD : kismis ? bongok lah atuk ni ! kismis tu utk kecergasan otak lah ! KRISMAS lah tuk !
ATUK : atuk mana tau , atuk tak sekolah dulu . .
AMAD : dalah tuk , cakap dengan atuk ni buat sakit hati saja !
..amad berlalu pergi meninggalkan atuknya dengan perasaan bengang . yelah , dia merasakan seperti atuknya cuba memperbodohkannya sebab dia orang bandar yang kuno tentang kampung .
MORAL : walaupun dimana kita lahir . di bandar atau luar negara sekalipun . kita hendaklah ambil pengetahuan tentang tempat yang biasa didengari walaupun kita jarang atau tak pernah pergi . kerana jika kita tidak ambil tahu , kita akan jadi seperti amad sebentar tadi . terasa dirinya seperti diperbodohkan padahal yang disebutkan adalah perkara yang benar . .