perasaan yang sentiasa menyerang

 
entah kenapa , aku sentiasa dihantui oleh perasaan yang aku cuba elakkan . tetapi ianya sentiase menyelubungi hidupku . ianya membuatkan aku menangis pabila aku memikirkannya . aku cuba berhenti untuk memikirkannya tetapi aku tidak berdaya melawannya . aku masih mencuba untuk hidup bersendirian tanpanya disisi . aku masih cuba untuk melupakannya tetapi kesakitan yang aku rasa begitu perit sekali . aku cuba bangkit dan melawan perasaan itu , aku suarakan pada diriku yang aku mengatakan "aku mampu hidup tanpa dia , aku kuat , aku tak kisah kalau jarang jumpa dia" . aku nafikan segalanya tetapi apakan daya . aku tidak mampu untuk menafikan dan menipu diriku sendiri . aku cuba nafikan pada semua rakan2 serta temanku tetapi kebahagian yang aku kecapi hanyalah untuk seketika . padahal aku terasa teramat-amat sunyi dan sepi tanpa dia di sisi , hidupku terasa begitu kosong . itulah realiti yang terpaksa aku tempuhi selama tiada dia disampingku . aku terima kenyataan yang masing2 ada tanggungjawab dan kita perlu mengharunginya walau sebesar mana dugaan itu kerana dugaan yang menimpa itu adalah untuk menguji tahap keimanan seseorang itu . jadi aku yakin dan kuatkan diriku untuk menghadapinya . aku tidak mahu kalah pada diriku sendiri . aku amat merinduinya dan aku harap dia pun begitu jua . walau bagaimanapun , aku tidak dapat menipu diriku sendiri kerana AKU AMAT MERINDUINYA DAN AKU PERLUKANNYA DISISIKU !