setiap pertemuan pasti ada perpisahan

perhubungan ? apa yang dimaksudkan dengan perhubungan ? suatu hubungan yang terjalin haruslah melalui keikhlasan , kepercayaan , kesetiaan & kasih sayang . seperti aku , insan yang sangat dengan satu perhubungan atau ikatan . aku tidak rela melepaskan dan berjauhan dengan orang yang aku sayang . ini kerana aku akan sangat berasa kesunyian dan kesedihan . di mata kasar , aku ini seperti seorang yang TIDAK MEMPUNYAI PERASAAN , cepat melenting , ego , muka ganas dan sebagainya . tetapi pada hakikatnya , hati dan perasaanku tidak ada sesiapa mengerti . secara terbuka , pabila terjalin hubungan denganku . aku akan cepat merajuk , melenting dan kadang2 seperti tidak ambil peduli . aku bukan sengaja berkelakuan demikian . ini kerana aku tidak mahu berasa terlalu rindu apabila berjauhan dengannya . aku jarang & susah untuk mengeluarkan air mata tetapi sebaliknya aku senang mengeluarkan air mata apabila insan yang aku sayang jauh dariku . aku tidak mampu melawan perasaan rinduku , aku sering kali berdoa , "ya Allah , kau kuatkanlah hati hambamu ini untuk menempuh dugaan yang engkau beri ini ya Allah" . 

 
. . aku bagaikan sudah FOBIA hidup keseorangan . aku amat pentingkan orang yang aku sayang . aku sanggup berkorban apa sahaja asalkan orang yang aku sayangi bahagia . aku akan sentiasa menanti kepulangan orang yang aku sayang disampingku dan bersamaku . walau apa jua yang berlaku . kasih sayangku tidak pernah berubah . ia akan tetap utuh dan tidak akan goyah . aku menanti kehadiranmu dan ingatlah yang aku sentiasa merinduimu walaupun aku berasa terlalu seksa dan masa lambat berlalu . . . . .