terkezut , gumbiraa , terkejal sumee adee

 E Q M A L A L I F F
8teenz

heyy guys ! i'm back for the story . okey lets begin ! you all tahu ? angah tengah online facebook . sambil-sambil itu mencari kenalanku yang lama seperti sahabat sekolah rendah , sekolah menengah dan sebagainya . sambil tengah mencari , angah terjumpa seorang ini , muka agak familiar . jadi angah pun add . OMG ! lepas saja approved , angah baca status dia . dia JUNIOR angah kot masa di Teknik Pidi . HAHAA ! kecilnya dunia inikan guys .nama dia EQMAL ALIFF . yang peliknya tukan , dulu kami taklah rapat sangat , yelah , i'm SENIOR and he is my JUNIOR . by the way , i'm prefect actually , so terdapat jurang yang teramatlah . HAHAA ! bongkak dan takbur sungguh aku ni ! tapi sekarang terus rapat tahap CRAZY macam dah lama kenal ! HAHAA ! yang penting , I LOVE BEING FRIEND WITH HIM oke !

motorku ct100ku modenasku

motor ? accident ? macam dah sebati sajakan bila pakai motor mesti accident. kadang-kadang tu kita bawa cukuplah berhati-hati tapi bila orang pinjam sekejap . bagi cantik bila pulang dah macam tahi ! urghhhh , tapi nak buat macamana , silap aku juga bagi dia pinjam . series ! lepas ini agak susahlah aku nak bagi pnjam motor aku kecuali sebab-sebab tertentu . nak kata aku kedekut ke apa ke suka hati lah . yang penting motor aku selamat ! AHAH ! cerita punya cerita , sebenarnya motor aku baru lepas accident minggu lepas hari SABTU pukul 10lebih macamtu . tak puas hati aku dibuatnya , yelah kalau aku yang bawa mungkin ok lha kan , tapi ni orang lain . tambah pula taknak mengaku salah ! menyirap gak darah aku kan ! cuba bayangkan , aku accident pun takda teruk macam dia accident . sampaikan handle bengkok , rim bengkok , coverset hancur , fork problem , tapat t jahanam ! gila kentang kan ?! aku pergi hantar kedai , haa ! aku gak yang hantar tu ! dia boleh buat bodoh saja . cek punya cek hampir RM700++ ! luruh jantung aku dengar wehh . tapi takpa , atas nasihat rakan-rakan aku . aku anggap ni dugaan dari ALLAH dan aku terima dengan redha juga hati terbuka . jadi insyaallah , nantikan kemunculan baru motor aku ok ! dan geng ct sekalian , aku akan ready secukupnya motor aku untuk acara meleper nanti ! yeah , nantikan . . .

cabaran , rintangan dan dugaan

aku sentiasa berdoa kepada allah agar perbetulkan aku , lindungi aku . kadang-kadang aku berasa terlalu beban dengan hidupku . serba tidak kena , ada saja masalah yang timbul . baru-baru ini , sudahlah kepala aku serabut dengan masalah kewangan . dan-dan tu pula motor aku accident . ambil kau ! rm700++ kot . lagi lah serabut kepala otak aku . mana nak duit . aduh , dugaan-dugaan . tapi tidak mengapa , aku tetap tabah dan kuat mengharungi rintangan ini walaupun terlalu berat bagiku . dengan adanya keluarga serta sahabat handai , INSYAALAH ! segala apa yang mendatang aku tempuhi dengan tenang !

aku telah sedar dan berjanji mengubahnya

 
aku telah sedar akan kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan kepada dirimu . aku tahu aku telah melakukan suatu perkara yang kamu tidak suka tetapi aku tidak sengaja kerana egoku menguasai diriku . aku amat menyayangi dirimu . hanya kamu menjadi obor semangat , cahaya penyuluh kepada hidupku . aku sanggup melakukan apa sahaja demi kamu asalkan kamu memaafkanku , memberiku peluang dan tidak meninggalkan aku . aku berjanji pada diriku dan juga dirimu . aku akan berubah 100% . aku akan buang sifat negatifku , egoku dan sebagainya demi kebahagiaan dan kegembiraan kamu . aku telah nekad dan ini merupakan pengajaran yang amat perih bagiku . aku mohon kepadamu agar memaafkanku dan memberi aku kembali ruang di hati sucimu .
aku berasa sungguh sunyi dan kosong apabila ketiadaanmu . aku kini sedar betapa penting dan bermaknanya dirimu dalam hidupmu . . .

bersempena dengan tahun 2011

 view : MYSELF
date : 08 JANUARY 2011

heyy bloggers . long time no see !  got something to share with u all about me . urm , dah macam macam aku lakukan and kerjakan . kadang kadang aku rasa muak , bosan dan malas tapi kadang best , gempak and happy ! entahlah , aku pun pelik kenapa aku macamtu , kejap o.k kejap k.o . tapi sempena dengan tahun 2011 ini , aku dah pasang azam yang kuat untuk melakukan perubahan baik dalaman atau luaran . harap kengkawan dapat support aku untuk berubah ni . ok ok , sekarang ini aku mulakan langkah 2011 aku dengan merantau , aku merantau ke KAJANG untuk mencari kerja dan alhamdulillah aku akan bekerja sebagai CASHIER di MYDIN MART , KAJANG . aku tau kerja ni tak lah FAMOUS and GEMPAK macam kerja korangkan ? tapi aku dah tak kisah . yang penting sekarang bagi aku , aku nak caik duit untuk diri aku , nak selesaikan mana mana yang belum diselesaikan . dan selepas ini dalam pertengahan tahun aku akan menyambung kembali pelajaran aku di KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (KUIS) ! Insyaallah ! doakan aku dapat ok ! samping tu juga , aku akan aktif kembali dalam bidang sukan atas nasihat partner aku iaitu AIZAT AZHARI . thanks ijat , u the great bestie ! so , aku sentiasa berdoa dan memohon pada yang MAHA ESA agar membantuku dan aku juga akan berusaha sungguh sungguh untuk buktikan pada ibu bapa , saudara mara , kawan kawan  serta seluruhnya yang aku mampu untuk berjaya dan menaikkan nama keluargaku ! itulah impian dan cita citaku  . . .

perasaan yang sentiasa menyerang

 
entah kenapa , aku sentiasa dihantui oleh perasaan yang aku cuba elakkan . tetapi ianya sentiase menyelubungi hidupku . ianya membuatkan aku menangis pabila aku memikirkannya . aku cuba berhenti untuk memikirkannya tetapi aku tidak berdaya melawannya . aku masih mencuba untuk hidup bersendirian tanpanya disisi . aku masih cuba untuk melupakannya tetapi kesakitan yang aku rasa begitu perit sekali . aku cuba bangkit dan melawan perasaan itu , aku suarakan pada diriku yang aku mengatakan "aku mampu hidup tanpa dia , aku kuat , aku tak kisah kalau jarang jumpa dia" . aku nafikan segalanya tetapi apakan daya . aku tidak mampu untuk menafikan dan menipu diriku sendiri . aku cuba nafikan pada semua rakan2 serta temanku tetapi kebahagian yang aku kecapi hanyalah untuk seketika . padahal aku terasa teramat-amat sunyi dan sepi tanpa dia di sisi , hidupku terasa begitu kosong . itulah realiti yang terpaksa aku tempuhi selama tiada dia disampingku . aku terima kenyataan yang masing2 ada tanggungjawab dan kita perlu mengharunginya walau sebesar mana dugaan itu kerana dugaan yang menimpa itu adalah untuk menguji tahap keimanan seseorang itu . jadi aku yakin dan kuatkan diriku untuk menghadapinya . aku tidak mahu kalah pada diriku sendiri . aku amat merinduinya dan aku harap dia pun begitu jua . walau bagaimanapun , aku tidak dapat menipu diriku sendiri kerana AKU AMAT MERINDUINYA DAN AKU PERLUKANNYA DISISIKU !

setiap pertemuan pasti ada perpisahan

perhubungan ? apa yang dimaksudkan dengan perhubungan ? suatu hubungan yang terjalin haruslah melalui keikhlasan , kepercayaan , kesetiaan & kasih sayang . seperti aku , insan yang sangat dengan satu perhubungan atau ikatan . aku tidak rela melepaskan dan berjauhan dengan orang yang aku sayang . ini kerana aku akan sangat berasa kesunyian dan kesedihan . di mata kasar , aku ini seperti seorang yang TIDAK MEMPUNYAI PERASAAN , cepat melenting , ego , muka ganas dan sebagainya . tetapi pada hakikatnya , hati dan perasaanku tidak ada sesiapa mengerti . secara terbuka , pabila terjalin hubungan denganku . aku akan cepat merajuk , melenting dan kadang2 seperti tidak ambil peduli . aku bukan sengaja berkelakuan demikian . ini kerana aku tidak mahu berasa terlalu rindu apabila berjauhan dengannya . aku jarang & susah untuk mengeluarkan air mata tetapi sebaliknya aku senang mengeluarkan air mata apabila insan yang aku sayang jauh dariku . aku tidak mampu melawan perasaan rinduku , aku sering kali berdoa , "ya Allah , kau kuatkanlah hati hambamu ini untuk menempuh dugaan yang engkau beri ini ya Allah" . 

 
. . aku bagaikan sudah FOBIA hidup keseorangan . aku amat pentingkan orang yang aku sayang . aku sanggup berkorban apa sahaja asalkan orang yang aku sayangi bahagia . aku akan sentiasa menanti kepulangan orang yang aku sayang disampingku dan bersamaku . walau apa jua yang berlaku . kasih sayangku tidak pernah berubah . ia akan tetap utuh dan tidak akan goyah . aku menanti kehadiranmu dan ingatlah yang aku sentiasa merinduimu walaupun aku berasa terlalu seksa dan masa lambat berlalu . . . . .

New Year 2011 penuh makna . .

firstly , happy new year to all of you ! sorry coz late wish . urm , mesti kamu semua rasa hepi , azam baru , semangat baru kan tahun baru ni ? aku pun macam tu juga . ku da pasang azam nak berubah , bantu keluarga , belajar sampai berjaya ,. tulah antara2 azam aku .tapikan , disamping kegembiraan yang aku hadapi ada jugaa kesedihan yang melanda di tahun baru ni . .


mesti korang pelikkan kenapa aku sedih ? padahal new year kan mesti semua gembira ! haa , aku jadi sedih sebab malam new year tu last hangout sama adik aku . koz new year 1/1/2011 dia daa msuk asrama . dia ajk asrama , so dia banyak kerja dan kena uruskan pendaftaran pelajar baru nanti . aku rindu sangat dengan dia . aku sunyi dia takde , selalunya aku selalu dengan dia . tak kira lah lepak , masak , online atau sebagainya . aku kadang2 kongsi problem aku dengan adik aku . tapi nak buat camne ? dah sekolah kan . aku terima saja . aku doakan dia berjaya dalam pelajaran . .

view : azri fahmi
age : 16 years old